Tuesday, March 22, 2011

LAWATAN KE BALAI BOMBA PUTRAJAYA

ditulis oleh farah pada 5:21 PM
Reactions: 
0 comments
SALAM

kat cnie aku nak share time aku g lawatan...best tau...hehehe



5 MAC 2011

7.30 PAGI (BERKUMPUL DAN BERTOLAK KE DESTINASI)

             Pada jam  7.45 pagi, semua pelatih  yang terlibat berkumpul di padang kawad. Seramai 11 orang komander dan 69 orang pelatih telah mengikuti lawatan  ini. Pelatih di beri sedikit taklimat berkenaan lawatan ini. Tepat jam 8.30 pagi para pelatih dan komander menaiki bas untuk bertolak ke  Balai Bomba  Putrajaya .

0950 PAGI (TIBA DI BALAI BOMBA PUTRAJAYA)

Kira-kira jam 9.50 pagi, kami akhirnya telah tiba di Balai Bomba Putrajaya dengan selamatnya. Para peserta lawatan  telah diberi taklimat oleh KM Siti Safiah Abd Rahman selaku Ketua Program mengenai sahsiah dan tingkah laku sepanjang lawatan ini .Kami di sambut mesra oleh pegawai bertugas  yang bertugas pada hari tersebut.Seterusnya, pelatih di berikan kepada 3 kumpulan di mana mereka perlu bergerak di dalam kumpulam masing-masing.

10.10 PAGI (SESI CERAMAH)

Setelah selesai membahagikan kumpulan para pelatih di bawa ke dewan ceramah. Kemudian para pelatih mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Rusli berkenaan sejarah Bomba dan Kebombaan.Para pelatih di minta untuk menyanyikan lagu Kadet Bomba bersama-sama. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap silibus-silibus yang dipelajari.Para pelatih menunjukkan minat yang baik terhadap ceramah tersebut . Terdapat juga komunikasi dua hala di antara penceramah dan pelatih .Mereka banyak mengajukan soalan kepada penceramah. 

11.00 PAGI (MINUM PAGI)

          Setelah selesai ceramah pertama pelatih, diberikan rehat dan minum pagi . 
     
11.30 PAGI (MELAWAT KAWASAN)
   
            Aktiviti diteruskan lagi dengan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dibawa melawat sekitar kawasan Balai Bomba Putrajaya dan kumpulan 2 mempelajari alatan-alatan yang ada di Balai Bomba tersebut seperti alatan-alatan di dalam jentera bomba dan lain-lain. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara pelaih sesama pelatih , pelatih dan komander serta peserta dengan jurulatih disamping dapat mengetahui lebih mendalam tentang Bomba.



1330 TENGAHARI ( MAKAN DAN SOLAT)

            Selesai melawat sekitar balai dan mengenal alatan-alatan Bomba para peserta menjamu selera.Kemudian peserta dibawa ke Masjid Tunku Mizan untuk menunaikan solat Zohor menaiki bas Bomba


1500 PETANG (DEMONSTRASI)

Kemudian para peserta didedahkan dengan demonstrasi pemadaman api dengan menggunakan “fire extingusher” dan hos. Para peserta menunjukkan minat semasa aktiviti ini dijalankan  .Tujuan demonstrasi ini diadakan adalah untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dan dapat menggunakan kaedah yang betul semasa menggunakan alatan tersebut.
1530 PETANG (MAJLIS PENUTUPAN) 
         
            Selesai demonstrasi , aktiviti diteruskan lagi dengan majlis penutupan . Pihak UiTM memberi beberapa cenderahati kepada pihak Bomba di atas kesudian menerima Pelatih Kadet Bomba UiTM untuk mengadakan lawatan ke Balai Bomba Putrajaya. Pihak Putrajaya juga ada memberi cenderahati kepada semua peserta dan pegawai pengiring , En.Shuhairi.


 

1600 PETANG (BERTOLAK PULANG KE UITM SHAH ALAM)
   
          Selesai upacara penutup dan sesi fotografi para peserta dikumpulkan dan bersedia untuk bertolak pulang ke UITM Shah Alam.

 5.30 PETANG (TIBA DI UITM SHAH ALAM)

Alhamdulillah, kami akhirnya sampai di UiTM Shah Alam pada jam 5.30 petang dan masing-masing kembali ke kolej masing-masing dengan selamatnya
 




Monday, March 14, 2011

TAK SUKA...TAK SUKA....

ditulis oleh farah pada 9:17 PM
Reactions: 
1 comments
salam..

TAK SUKA...TAK SUKA....

tak suka ada satu perasaan dimana perasaan itu datang secara tiba-tiba...kesian kaT orng yang dekat ngan aku ...di owng yng akan terkena tempias nyer ...aku tak suka bler perasaan tu berlaku....kadang-kadang tak dapat nak kawal perasaan..lalu mendiamkn diri ...dan membuatkan orng di sektar akan tersinggung...argghhh..tak suka perasaan tu...pada hal aku pon tak tau sebab nyer aku jadi cam tu...warghhhh.....stresss sangat ker STUDY???? ...ada masalh CINTA ker aku????.( aku rasa aku blom ada maslh nie lagi)....hehhee....DUIT..????.. KAWAN???wargghhh..

JADI...

aku membuat firasat ku sendiri memng setiap orng akan ada satu hari d mana mereka akn ada satu mood yang tak boleh d kacau dan perlu bersendirian atau teman untok mereDAkan keadaan...tak pon mmg semua pompuan cam 2...sebab perempuan kan datang tuttttt......tapi tak suma perempuan yang tuttt akan emo.....hehehe


JADI ..
conclusion nyer ...
-dekat2 kan lah diri ini kepada pencipta....
-slamat beramal~ ~ ~ ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

FaRaH SaBHaN Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei